PERMATANG PAUH, Dalam sibuk menguruskan segala persiapan untuk mengerjakan umrah pada 15hb Mac ini, Ketua Pemuda kita ini masih berkesempatan menziarahi insan yang kurang bernasib baik serta menyampaikan sumbangan peribadinya, kali ini beliau dan beberapa AJK pemuda Permatang Pauh menziarahi Encik Md Yusof Bin Ali 61 dyang tinggal di Permatanga Ara, yang mengalami kerosakan pada retina matanya hingga menjadikan dunia gelap-gelita tapa sebarang cahaya dalam ertikata buta kedua-dua belah matanya. Apa yang menyedihkan Md Yusof ini tinggal sebatang kara tanpa teman untuk meminta pertolongan apabila isterinya meninggalkannya tahun lalu. beliau hanya mengharapkan belas ehsan dari tetangga yang sudi menghulur bantuan serta makanan. Beliau yang sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang rumah serta pernah menjadi pengawal keselamatan di syarikat swasta hanya mengharapkan tali yang menjadi menunjuk arah untuk kebilik air serta tandas di kawasan rumahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan