Jumaat, 11 Mac 2011

Sudah Jatuh Di Timpa Tangga

PERMATANG PAUH, Dalam sibuk menguruskan segala persiapan untuk mengerjakan umrah pada 15hb Mac ini, Ketua Pemuda kita ini masih berkesempatan menziarahi insan yang kurang bernasib baik serta menyampaikan sumbangan peribadinya, kali ini beliau dan beberapa AJK pemuda Permatang Pauh menziarahi Encik Md Yusof Bin Ali 61 dyang tinggal di Permatanga Ara, yang mengalami kerosakan pada retina matanya hingga menjadikan dunia gelap-gelita tapa sebarang cahaya dalam ertikata buta kedua-dua belah matanya. Apa yang menyedihkan Md Yusof ini tinggal sebatang kara tanpa teman untuk meminta pertolongan apabila isterinya meninggalkannya tahun lalu. beliau hanya mengharapkan belas ehsan dari tetangga yang sudi menghulur bantuan serta makanan. Beliau yang sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang rumah serta pernah menjadi pengawal keselamatan di syarikat swasta hanya mengharapkan tali yang menjadi menunjuk arah untuk kebilik air serta tandas di kawasan rumahnya.







Isnin, 7 Mac 2011

Kenapa Tak Dahulukan Rakyat???

PERMATANG PAUH, pada 24 Febuari lalu telah berlakunya ribut taufan disusuri dengan hujan yang lebat pada jam 4 petang telah mengakibatkan sebanyak 8 buah rumah dan sebuah surau mengalami kerosakan pada bahagian bumbung, rumah yang terjejas paling teruk ialah milik Puan Fatimah Binti Abdullah 50' yang tinggal bersama dua orang anaknya, Mohd Paizul dan Solehah. Melihat keadaan Puan Fatimah yang agak uzur kerana mengidap penyakit jantung, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh sempat menziarahi beliau dan memberi sedikit sumbangan kepada beliau serta sumbangan kepada keluarga yang terlibat dalam bencana tersebut.

Pergerakan Pemuda yang diketuai oleh Cikgu Mohd Zaidi bersama penduduk setempat telah menjalankan gotong-royong bagi membaiki bumbung surau serta membelanjakan sebanyak RM1000 bagi tujuan tersebut.

Apa yang mendukacitakan ialah dimanakan tanggungjawab Ketua Bahagian Permatang Pauh serta Adun dikawasan itu yang hanya datang tanpa memberikan apa-apa sumbangan, Nak mengharapkan Pakatan Rakyat jauh sekali, jenguk pun tidak. Apatah lagi kejadian tersebut berlaku selama 12hari apa-apa sumbangan pun mereka tidak memperolehi. Sepatutnya apabila
melibatkan bencana alam sedemikian rupa, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh selaku penyelaras parlimen kenalah mengambil tindakan segera kerana peruntukan segera dari ICU atau pun JKM sebanyak RM500 telah tersedia. Kenapa Tidak Dahulukan rakyat??.


Cikgu Zaidi bertanyakan sesuatu kepada mangsa yang terlibat


Menziarahi Puan Fatimah yang terlantar akibat serangan jantung




Keadaan rumah Puan Fatimah yang mengalami kerosakkan teruk


Keadaan Surau selepas gotong-royong dijalankan.

Ahad, 6 Mac 2011

Syukur!!! Kita Menang Lagi!!!!!




Alhamdulillah...

Di Merlimau calon BN Roslan Ahmad Menang BN mendapat 5962 undi manakala PAS mendapat 2319 undi.

Majoriti 3643 undi

Di Kerdau calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad Menang BN mendapat 5060 undi manakala PAS mendapat 2336 undi.

Majoriti 2724 undi

BN MENANG!!!!

Sabtu, 5 Mac 2011

Syabass!! Cikgu Zaidi Dan Ds Ismail Sabri Yaakob




KUALA KRAU 5 Mac - Bekas Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 25, Muzammil Muaalif hari ini mengumumkan keputusannya menyertai semula parti itu selepas bertindak keluar Rabu lalu.

Muzammil berkata, beliau kesal dengan tindakannya itu ekoran daripada masalah peribadi yang dihadapinya.

Menurut Mohd Zaidi Bin Md Said yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Beliau bersama-sama dengan beberapa pemimpin pusat termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu dengan Muzammil sendiri dan berbincang dari hati-kehati berkenaan dengan tindakannya keluar parti dan beliau mengambil keputusan kembali semula kepangkuan UMNO hari ini.

Keputusan itu diumumkannya pada sidang akhbar Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas program penyerahan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, dekat sini, hari ini.

“Saya terharu dengan rakan-rakan lama yang menghubungi dan bertanyakan tentang tindakan saya keluar parti,” kata Muzammil yang juga pengasas UMNO Cawangan Felda Jengka 25.

Selasa, 1 Mac 2011

Pemuda Permatang Pauh Mengerah Keringat Di Kerdau







Sebanyak 6 buah bas dari Pulau Pinang telah selamat sampai bagi membantu Barisan Nasional pada hari penamaan calon di Dun Kerdau, Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh telah mengerahkan hampir 40 pemuda bersama Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Setiausaha dan AJK pemuda.

Malang Tak Berbau..

Kata orang malang memang tak berbau, itulah yang terjadi keatas adik Intan Basirah Binti Basirun 14, dari Taman Ara Indah, Permatang Pasir. Beliau telah terlibat dalam kemalangan pada 16 Febuari 2011 dihadapan Masjid Permatang Pasir ketika menungang motorsikal yang bertembung dengan sebuah kereta, mengakibatkan beliau patah betis dan 4 jari kaki.
Bagi meringankan bebanan keluarga Encik Basirun @ Basir, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang diketuai Oleh Cikgu Mohd Zaidi bersama dengan AJK Pemuda telah menziarahi serta memberi sumbangan berupa kerusi roda untuk Adik Intan.





Meraikan Kejayaan STPM 2011

Anak pengawal keselamatan, Norwahida Binti Mohd Jamal, 20, tidak menyangka memperoleh 4A dan menyifatkan keputusan itu sebagai detik awal untuk mengubah nasib keluarganya. Beliau mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. Beliau pernah belajar di SM Permatang Pasir dari tingkatan 1 dan SM Penanti, beliau juga akan melanjutkan pelajarannya di USM.
Dengan menjadi pelajar paling cemerlang STPM dalam Pulau Pinang maka Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh tidak ketinggalan meraikan kejayaan dengan menziarahinya dan memberi sedikit sumbangan wang tunai.
Kepada Adik Norwahida kami mengucapkan Sekalung TAHNIAH!!.