Sabtu, 5 Mac 2011

Syabass!! Cikgu Zaidi Dan Ds Ismail Sabri Yaakob




KUALA KRAU 5 Mac - Bekas Ketua UMNO Cawangan Felda Jengka 25, Muzammil Muaalif hari ini mengumumkan keputusannya menyertai semula parti itu selepas bertindak keluar Rabu lalu.

Muzammil berkata, beliau kesal dengan tindakannya itu ekoran daripada masalah peribadi yang dihadapinya.

Menurut Mohd Zaidi Bin Md Said yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Beliau bersama-sama dengan beberapa pemimpin pusat termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu dengan Muzammil sendiri dan berbincang dari hati-kehati berkenaan dengan tindakannya keluar parti dan beliau mengambil keputusan kembali semula kepangkuan UMNO hari ini.

Keputusan itu diumumkannya pada sidang akhbar Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas program penyerahan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, dekat sini, hari ini.

“Saya terharu dengan rakan-rakan lama yang menghubungi dan bertanyakan tentang tindakan saya keluar parti,” kata Muzammil yang juga pengasas UMNO Cawangan Felda Jengka 25.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan