Ahad, 11 Disember 2011

Pemuda Permatang Pauh Anjur Khatan Perdana


MOHD. Zaidi Mohd Said bersedia untuk menyembur air kepada sebahagian daripada 250 kanak kanak yang berkhatan di Permatang Pauh Pulau Pinang, semalam.


PERMATANG PAUH 4 Dis. - Seramai 250 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun menyertai majlis berkhatan beramai-ramai anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh di sini hari ini.

Upacara itu disempurnakan oleh Ketua Pemuda UMNO bahagian tersebut, Mohd. Zaidi Mohd. Said dan acara perasmian dilakukan secara simbolik dengan kesemua peserta mandi beramai-ramai melalui air siraman jentera Bomba dan Penyelamat Kawasan Permatang Pauh.

Mohd. Zaidi ketika ditemui memberitahu, acara berkhatan itu merupakan acara terbesar yang dikendalikan oleh Pergerakan Pemuda Bahagian Permatang Pauh pada tahun ini dengan melibatkan penyertaan murid-murid dari empat buah sekolah rendah dalam kawasan berkenaan.

Katanya, sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pauh; SK Permatang Pasir; SK Guar Perahu dan SK Tok Kandu.

''Acara ini merupakan satu usaha Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat. Sebelum ini kita hanya melakukannya secara kecil-kecilan dengan penyertaan antara 30 hingga 40 orang.

''Walaupun baru pertama kali dibuat secara besar-besaran, kami tidak sangka penyertaan amat menggalakkan dan setakat petang semalam sahaja 250 kanak-kanak telah mendaftar. Ada juga ibu bapa yang baru mendaftar anak mereka hari ini," katanya.

Menurutnya, seramai 10 doktor dari Hospital Besar Kepala Batas di bawa khas ke SK Permatang Pauh untuk melakukan perkhidmatan berkhatan berkenaan.

Tambahnya, para peserta pada majlis berkhatan itu juga tidak dikenakan sebarang bayaran dan semua kos ditanggung Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang telah memperuntukkan RM30,000 bagi tujuan berkenaan.

''Semua penduduk kawasan ini boleh mendaftar anak mereka untuk berkhatan tidak kira mereka siapa dan dari parti mana. Begitu juga pendapatan keluarga. Tiada had dan kita tidak mengenakan sebarang bayaran.

''Selain dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan dan mempunyai anak yang ramai, program ini juga dapat menghimpunkan anggota masyarakat untuk saling beramah mesra serta mewujudkan semangat kekeluargaan dan perpaduan," katanya.



Khamis, 17 November 2011

Program Berkhatan Perdana @Permatang Pauh

Sebarang Pertanyaan Sila hubungi:
Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian : Cikgu Md Noor Hanapiah 013 4512121

Selasa, 4 Oktober 2011

Majlis Sumbangan & Meraikan Bakal-Bakal Haji



'Perkampungan Jepun' di P. Pinang?


MOHD. Zaidi Mohd. Said (kanan) menyampaikan sumbangan kepada jemaah haji pada meraikan mereka di Permatang Pasir, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din

BUKIT MERTAJAM 3 Okt. - Sebuah 'perkampungan Jepun' didakwa bakal dibina di negeri ini tidak lama lagi setelah urusan perjanjian mengenainya di antara kerajaan negeri dan Jepun, selesai.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said berkata, perjanjian itu yang secara dasarnya telah dipersetujui dan melibatkan pembinaan sekolah, universiti serta kemudahan lain seperti yang terdapat di negeri matahari terbit itu di kawasan Seberang Perai di sini.

Menurut Mohd. Zaidi, isu mengenai 'perkampungan' berkenaan kini menjadi perbualan hangat dalam kalangan ahli perniagaan di negeri ini sejak dua minggu lalu.

"Kita tidak nafikan dari satu sudut, ia mungkin membawa kebaikan untuk rakyat negeri ini, tetapi apa yang kita bimbangkan, apa akan terjadi pada orang Melayu dan golongan bumiputera. Adakah hak dan kawasan milik mereka akan dipertahankan?

"Jika berlaku apa yang dikatakan itu, nilai hartanah di negeri ini akan meningkat. Maka sudah pasti orang Melayu tidak akan mampu untuk membeli rumah di kawasan ini. Secara tidak langsung, apa yang dimiliki mereka tidak akan dapat dipertahankan lagi. Inilah yang paling kita risau," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 100 jemaah kawasan Parlimen Permatang Pauh yang akan berangkat menunaikan fardu haji ke Mekah di Dewan GiatMara, Permatang Pasir di sini, hari ini.

Difahamkan ketika ini, kedua-dua pihak sedang mengadakan perbincangan mengenai projek tersebut yang dikatakan bakal dibina di sebuah kawasan kampung Melayu di daerah Seberang Perai.

Menurut Mohd. Zaidi, selain kesan ekonomi, pihaknya juga risau mengenai gejala negatif yang bakal dibawa hasil pembinaan 'perkampungan' itu terhadap golongan remaja di negeri ini.

"Kita kena ingat, bila sesuatu negara itu melabur di tempat kita, dia bukan hanya membawa apa yang dikatakan 'baik' untuk kita, malahan budaya dan kesan negatif yang boleh membuatkan remaja dan golongan muda kita terjebak. 'Perkampungan' itu acuan mereka. Sudah pasti perkara sedemikian tidak dapat dielakkan.

"Apa yang pasti, apa yang kita miliki perlu dipertahankan. Jangan hanya untuk mengaut sedikit keuntungan, orang Melayu dibiarkan terasing dan melarat di negeri sendiri," katanya.

Utusan Malaysia

Selasa, 20 September 2011

Sekitar Majlis Rumah Terbuka Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh

Hebat!! Itulah yg dapat digambarkan apabila lebih dari 3000 tetamu mengunjungi serta memeriahkan Rumah Terbuka Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang diadakan baru-baru ini.
Ini menunjukkan penerimaan masyarakat setempat yang kembali yakin kepada UMNO selepas PRU ke 12 yg lalu. Dalam majlis tersebut Ketuanya, Cikgu Mohd Zaidi telah memberikan duit raya kepada hampir 500 kanak-kanak yang datang ke majlis tersebut.








Ahad, 4 September 2011

Cikgu Zaidi Menziarahi Insan Tanpa Tempurung Kepala

DULU, Azizi Khalib, 17, merupakan seorang remaja dan murid yang ceria. Dia aktif dalam sukan kegemarannya, bola sepak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang Bubuk, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tetapi keceriaan bertukar menjadi kisah sedih apabila motosikal yang dinaiki terbabit dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran rumahnya di Kampung Bukit Teh, 3 Mac lalu.

Ekoran kemalangan itu, berlaku pendarahan otak menyebabkan tempurung kepalanya terpaksa dibuang.

Menyedari tentang penderitaan yang beliau alami, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh telah menziarahi beliau dan memberi sebanyak RM500 sebagai duit raya.

Beliau akan menjalani pembedahan pada minggu depan dan Cikgu Zaidi berjanji akan mencari sumber-sumber kewangan bagi membiayai serta menanggung kos pembedahan tersebut yang khabarnya melebihi RM20 ribu ringgit.








Sepintas Lalu - Kosmo


“Saya pilu melihat keadaannya. Sebelum ini dia ada beritahu hasrat untuk melanjutkan pelajaran selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tapi kini masa depannya tidak menentu,” ujar ibunya, Roslina Che Ros, 39.


AZIZI terpaksa disuapkan makanan oleh ibunya di Kampung Bukit Teh, Butterworth. Dan kini menetap di Kampung Petani, Permatang Pauh apabila rumah keluarganya telah siap.

Tempurung kepala Azizi yang dikeluarkan masih berada di makmal Hospital Pulau Pinang (HPP). Kos pembedahan bagi memasukkan semula tempurung kepalanya yang dijadualkan pada 6 Julai ini kira-kira RM1,200.

Azizi kerap menangis bila menyentuh bahagian kepalanya yang tidak bertempurung. Menurut Roslina, ramai rakan sekolah Azizi turut bersedih melihat wajah anaknya itu yang tidak seceria dulu.

Azizi yang sepatutnya menduduki peperiksaan SPM November ini tidak mampu mengingati apa-apa selepas kemalangan itu. Malah dia tidak dapat mengeja namanya sendiri. Apa yang hanya mampu dilakukan ialah menangis apabila berasa sakit atau tidak selesa.

Bagi memastikan Azizi dijaga sepenuhnya, Roslina yang bekerja di sebuah kilang di Perai dengan pendapatan kira-kira RM500 sebulan, mengambil keputusan berhenti kerja.

Selain Azizi, tiga anaknya yang lain ialah Mohd Amirul, 14, Nor Atika, 12, dan Nor Aini, 10.

Suami Roslina, Khalid Yahya, 45, cuma bekerja kampung termasuk membuat buluh pancang yang ditempah penduduk kampung untuk projek menanam sayur-sayuran.

Roslina yang cekal menguruskan keluarganya memberitahu, beliau tetap menaruh harapan tinggi agar anaknya itu kembali pulih.

“Terkini, doktor di HPP memberitahu pembedahan itu boleh dilakukan pada 6 Julai depan. Biarpun fizikal Azizi tidak pulih sepenuhnya, saya berharap ingatannya kembali normal kerana saya rindu untuk mendengar suaranya memanggil saya ibu.

“Biarpun berat mata memandang, sebagai ibu saya sentiasa berdoa agar kepada Tuhan selain reda dengan ketentuan-Nya,” ujar Roslina.

Isnin, 29 Ogos 2011

Cikgu Zaidi Agihkan 600 ekor Ayam Di Permatang Pauh

Permatang Pauh 29hb Ogos 2011. Menjelangnya hari lebaran esok, Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh yang diketui oleh Saudara Mohd Zaidi Bin Hj Mohd Said telah mengagihkan 600 ekor ayam kepada pemimpin-pemimpin di peringkat cawangan dalam Parlimen Permatang Pauh. Sumbangan tersebut merupakan salah satu penghargaan diatas usaha cawangan selama ini yang menaikan kembali imej UMNO yang tercalar satu ketika dahulu.
Selain dari sumbangan ayam, cikgu zaidi juga menyerahkan sumbangan dalam bentuk wang kepada sebahagian warga emas yang belum menerima apa-apa sumbangan dari beliau sepanjang 3 program yang lalu.













Majlis Iftar Bersama Cikgu Zaidi

PERMATANG PAUH - Seramai 150 ahli UMNO Permatang Pauh terdiri Ketua Cawangan ,Ketua Pemuda Cawangan hadir ke program Iftar Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh yang dianjurkan kelmarin .

Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Sdr Mohd Zaidi Bin Hj Mohd Said berkata walaupun hujan lebat sejak pagi , ia tidak menghalang kehadiran ramai pemimpin dari Pemuda & Ketua Cawangan untuk hadir .

“Sempena kedatangan Syawal terakhir sebelum menjelang Pilihanraya Umum akan datang , Pemuda ingin mengambil peluang meraikan majlis berbuka puasa ini bersama seluruh jentera UMNO Bahagian peringkat akar umbi "

Turut hadir dalam majlis ini ialah Penyelaran DUN Prmtg Pasir, Tn Hj Rahim Hj Man .