Jumaat, 29 April 2011

PENTAS PEMUDA "BONGKAR " DI PERMATANG PAUH MALAM INI !



Ceramah Pentas Pemuda " Bongkar " Isu-Isu Semasa malam ini dijangka ramai akan hadir bagi mendengar penjelasan penceramah terkenal Ustaz Hj Kamal Saidin , Adun Seberang Jaya YB Datuk Arif Shah Omar Shah dan Ketua Pemuda UMNO Prmtg Pauh Sdr Zaidi Mohd Said terhadap isu dan senario politik semasa.

Ustaz Kamal Saidin dijangka akan membongkar dan memberi penjelasan isu-isu semasa yang tengah panas ini seperti isu video seks serta sumpah laknat yang dilakukan oleh Datuk Eskay semalam .

Manakala YB Datuk Arif Shah yang akan menghadiri sidang DUN PP minggu depan pulak akan mengupas isu-isu kepincangan dan kelemahan kerajaan DAP di PP bersama dengan Sdr Zaidi Mohd Said .

Lokasi ceramah malam ini di Taman Hj Mohd Amin juga cukup menarik kerana berdekatan dengan Masjid Batu iaitu sebuah kawasan kubu kuat PAS di Kg Pertama .




PENTAS PEMUDA " BONGKAR "

TARIKH : 30 /4/ 2011
JAM : 9.00 MALAM
TEMPAT : TAMAN HAJI MOHD AMIN



PENCERAMAH


YB DATUK ARIF SHAH OMAR SHAH
( ADUN BN SEBERANG JAYA )


SDR ZAIDI MOHD SAID
( KETUA PEMUDA UMNO PRMTG PAUH )



USTAZ HJ KAMAL SAIDIN
( PEGAWAI KHAS MB TERENGGANU )

Isnin, 25 April 2011

RM8 Ribu untuk SMK Penanti

Lebih 20 tahun meninggalkan SMK Penanti pada hari ini Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh kembali semula menjejakkan kaki di sekolah tersebut bagi merasmikan Mesyuarat tahunan PIBG diatas undangan pihak sekolah.
Beliau pada mulanya kelihatan bersemangat memberi ucapan namun apabila beliau menyentuh tentang zaman silamnya di sekolah tersebut, beliau tersekat-sekat dan sebak mengenang kesukaran beliau yang terpaksa berbasikal dari Tanjung Putus ke sekolah setiap hari.
Oleh kerana SMK Penanti banyak berjasa kepada beliau, maka beliau berbesar hati menyumbangkan wang tunai untuk aktiviti dan PIBG di sekolah tersebut sebanyak RM 8 ribu.





Terus Menerus Membantu Pada yang Memerlukan

Pemuda UMNO Permatang Pauh meneruskan tradisi membela rakyat serta mendahulukan rakyat dalam setiap gerakan atau program yang dijalankan. Bantuan demi bantuan disalurkan demi melihat segala kesulitan masyarakat diatasi sekurang-kurangnya meringankan bebanan mereka.
Kali ini Pemuda sempat menziarah beberapa keluarga di Kampung Pelet dan Kampung Padang Temusu dalam menyampaikan sedikit sumbangan.
Apa yang menyedihkan saya ialah sewaktu melawat di Kampung Padang Temusu, saya dapat rasakan penderitaan seorang insan Jamil Bin Saad 72 dan isterinya Habsah Binti yahya 72, yang terpaksa menumpang hidup diusia yang senja dengan menumpang di belakang dapur rumah saudaranya selepas beliau bersama Isteri diusir dari rumah sewanya di Padang Ibu atas sebab-sebab perbezaan parti Politik lebih kurang setahun yang lalu. Beliau merupakan bekas bilal di masjid Padang Ibu dan sentiasa menyokong UMNO selama ini.
dengan keadaan kesihatan beliau yang kurang memuaskan telah mendapat simpati dari Ketua pemuda UMNO Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said dengan memperuntukan RM200 selama 6 bulan untuk beliau.







Khamis, 21 April 2011

Bersantai Bersama Pemuda Kampung Terus

SUNGAI DUA - Bertempat di Restoran Aur Gading, Sungai Dua telah diadakan satu program ringkas bersama Ketua Pemuda, Naib Pemuda, Setiausaha, bendahari, AJK Pemuda serta beberapa orang Pemuda dari Cawangan Kampung terus.
Program yang julung kalinya diadakan untuk bertemu sendiri serta bertanyakan masaalah dan memberi penjelasan tentang isu-isu semasa kepada pemuda diakar umbi.
Menurut Ketua Pemuda Bahagian, Cikgu Zaidi, Beliau merasa agak terkejut dengan kehadiran ahli pemuda cawangan kampung Terus yang agak ramai ini membuktikan kempimpinan pemuda Cawangan Kampung Terus yang dipimpin oleh Saudara Din Cabai dilihat berjaya menarik minit pemuda untuk turut berjuang bersama-sama UMNO.





Rumah Terbakar Dapat Simpati Pemuda UMNO

PENANTI - Tujuh sekeluarga di Kampung Pelet Mukim 5, di sini, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami musnah sama sekali dalam satu kebakaran, baru-baru ini.
ketika kejadian mangsa, Mohd Rodhi Ishak,53, tiada dirumah kerana menjaga isterinya, Che Amah Binti Awang,53, yang terlantar di hospital Bukit Mertajam akibat penyakit strok bersama anak bongsunya.
Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anak bongsunya yang menerima panggilan dari jiran yang menyatakan rumah kami terbakar. Saya terus begegas pulang dan ketika sampai api sedang marak dan tidak ada apa lagi yang dapat diselamatkan. Semua barang termasuk dokumen penting, barang kemas isteri serta wang tunai yang juga duit Khairat kematian sebanyak RM7000 turut terbakar, katanya yang menganggarkan kerugian sebanyak RM100 ribu.
Atas keperihatinan diatas kejadian itu maka Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh turut sama meninjau serta memberi sedikit bantuan kewangan bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga.





Sabtu, 16 April 2011

PENTAS PEMUDA

PENTAS PEMUDA
TAMAN HAJI MOHD AMIN

TARIKH: 30 APRIL 2011
JAM: 9 MALAM

PENCERAMAH:
KAMAL SAIDIN (Pegawai Penasihat Agama Menteri besar terangganu)
YB ARIFF SHAH BIN OMAR SHAH ( Adun Seberang Jaya)
MOHD ZAIDI BIN MD SAID (Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh)

RM35 Ribu Sumbangan Pemuda Dalam Seminggu

Kalau bulan lepas, pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh membelanjakan sebanyak RM30 Ribu untuk aktiviti serta bantuan kepada yang memerlukan dalam cawangan, pada minggu ini pula sebanyak RM35 ribu lagi diagihkan bagi tujuan yang sama. Ini menunjukkan sikap keperihatinan serta kesungguhan pemuda yang diketuai oleh Mohd Zaidi Bin Md Said bagi membantu menaikan harga UMNO ke tempat yang sepatutnya.

Bila setiap pemintaan dari ahli bawahan dipenuhi, maka UMNO dapat meningkat sokongannya terutamanya kesan yang paling ketara ialah buat Ketua Cawangan itu sendiri. Bila setiap cawangan ada sumber kewangan yang mantap maka perbagai aktiviti dalam cawangan dapat digerakkan sekaligus dapat menarik lebih ramai lagi untuk menyertai UMNO.

Sekalung Tahniah diucapkan kepada ketua pemuda yang bijak mencari sumber kewangan dan tidak lokek untuk menyalurkan kepada cawangan.
Antara Sumbangan serta bantuan:-
1) Cawangan Bukit Indra Muda - Baiki Rumah - RM2000
2) Cawangan Bukit Indra Muda - Aktiviti Cawangan - RM2000
3) Cawangan Permatang Nibong - Baiki rumah terbakar - RM15000
3) Cawangan Guar Jering - Aktiviti pemuda - RM400
4) Cawangan Guar Jering - Aktiviti Puteri - RM300
5) Cawangan Guar jering - Aktiviti Wanita - RM3000
5) Cawangan mengkuang - Baiki Rumah - RM3000
6) Cawangan mengkuang - Baju Marhaban - RM2000
7) Cawangan Mengkuang - Rumah terbakar - RM1500
8) Cawangan Mengkuang - Aktiviti Cawangan - RM1000
9) Cawangan Permatang Tengah -Khemah Cawangan - RM3000
10) Cawangan Permatang Tengah - Orang Susah - RM1000
11) Cawangan kampung Terus - Orang Sakit - RM1000
12) Cawangan Tanah Liat - Orang Sakit - RM600
13) Sumbangan untuk Belia 4B - RM1000










Ahad, 10 April 2011

UMNO Cawangan Guar Jering Peruntukkan RM1100 Kepada Pelajar Yang cemerlang Dalam SPM

Permatang pauh 10/04/2011. Seramai dua orang pelajar yang cemerlang dalam SPM baru-baru ini telah menerima sumbangan sebanyak RM1100 yang di perolehi dari tabung pendidikan UMNO Guar Jering. Majlis itu berlangsung pada Persidangan Agung tahunan Cawangan Guar Jering hari ini, Pelajar yang cemerlang itu ialah Siti Shazwani Binti Sazali telah mendapat 6A menerima sebanyak RM600 dan seorang lagi Mohamad Hafifi Bin Md Noor mendapat 5A dan menerima sumbangan sebanyak RM500.

Menurut Pengerusi Biro pendidikan, saudara Junaidi Bin Abdullah, Bermula dari 5A akan menerima RM500 dan seterusnya mengikut berapa A yang mereka perolehi, jika 9A maka mereka layak mendapat RM900. Menurutnya lagi ini merupakan satu suntikan semangat buat para pelajar dalam Guar Jering untuk lebih berusaha dalam peperiksaan SPM akan datang.

Turut sama dalam Persidangan tersebut ialah Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said yang merasmikan persidangan itu mengantikan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Dato' Abdul Jalil Bin Abdul Majid yang pada mulanya mengesahkan kehadiran tetapi atas sebab-sebab tententu beliau tidak dapat menghadirkan diri.

Pada majlis itu juga, saudara Mohd Zaidi telah berbesar hati menyumbangkan wang tunai sebanyak RM3000 untuk sebarang program yang ingin dijalankan oleh cawangan tersebut. menurut Cikgu zaidi, beliau berasa begitu berbanga dengan prestasi Cawagan Guar Jering yang begitu aktif serta menjadi salah satu cawangan yang terbaik dalam keseluruhan Cawangan yang ada dalam Permatang Pauh.







Jumaat, 8 April 2011

Program Pemuda Guar Jering Di Lata Chelak

Iboi, Baling Satu program yang dinamakan Memperkasakan pemuda menjelang PRU-13 telah berlangsung baru-baru ini bertempat di Lata Chelak, Iboi,Baling. Seramai 40 pemuda dari Cawangan Guar jering telah mengikuti program tersebut yang berlangsung selama 2 hari. Turut sama Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said serta Naibnya Saudara Suhaimi Bin Sabudin turut memberi sokongan. Cikgu Zaidi yang bersusahpayah datang sejauh hampir 80km itu turut menyampaikan amanat kepada pemuda yang terlibat.
Beliau meminta semua pemuda bersatupada dalam merampas kembali Pulau Pinang serta beliau bersedia bekerjasama diatas apa jua program yang pemuda anjurkan.






Khamis, 7 April 2011

Pemuda UMNO Sumbang RM15,000 Baiki Rumah Terbakar

PERMATANG PAUH Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh hari ini telah menyumbangkan wang tunai sebanyak RM15,000 kepada Saudara Abdul Rashid Bin Ismail 31, yang rumahnya telibat dalam kebakaran pada 11.50pagi ahad lalu di Kg. Permatang Nibung. Kebakaran tersebut telah mengorbankan anak kedua mereka Mohamad Irfan 5 yang ditemui rentung 70 peratus dalam bilik ditingkat bawah apabila gagal menyelamatkan diri ketika kebakaran yang bermula di tingkat atas rumah.
Ketika kejadian, ibunya Noramalina Mat Arifin 25, memasak didapur manakala anak sulung mereka Norafikah 7, kekelas Fardu Ain tidak jauh dari rumah dan anak bongsunya pula mengikut saudara ke kedai.
Noramalina yang menyedari tingkat atas rumahnya disambar api cuba menyelamatkam Mohamad Irfan, namun gagal berikutan api marak terlalu cepat. malah,bapanya, Mat Ariffin Hassan 62, yang baru pulang turut cuba menyelamatkan Mohamad Irfan, namun gagal selain dia cedera anggota badan dan tangannya.
Menurut Mohd Zaidi Bin Md Said yang juga Ketua pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, wang yang diserahkan itu ialah untuk memperbaiki dengan segera rumah tersebut dan insyaalah dalam masa 2 minggu boleh diduduki semula.