Ahad, 4 September 2011

Cikgu Zaidi Menziarahi Insan Tanpa Tempurung Kepala

DULU, Azizi Khalib, 17, merupakan seorang remaja dan murid yang ceria. Dia aktif dalam sukan kegemarannya, bola sepak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang Bubuk, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tetapi keceriaan bertukar menjadi kisah sedih apabila motosikal yang dinaiki terbabit dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran rumahnya di Kampung Bukit Teh, 3 Mac lalu.

Ekoran kemalangan itu, berlaku pendarahan otak menyebabkan tempurung kepalanya terpaksa dibuang.

Menyedari tentang penderitaan yang beliau alami, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh telah menziarahi beliau dan memberi sebanyak RM500 sebagai duit raya.

Beliau akan menjalani pembedahan pada minggu depan dan Cikgu Zaidi berjanji akan mencari sumber-sumber kewangan bagi membiayai serta menanggung kos pembedahan tersebut yang khabarnya melebihi RM20 ribu ringgit.








Sepintas Lalu - Kosmo


“Saya pilu melihat keadaannya. Sebelum ini dia ada beritahu hasrat untuk melanjutkan pelajaran selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tapi kini masa depannya tidak menentu,” ujar ibunya, Roslina Che Ros, 39.


AZIZI terpaksa disuapkan makanan oleh ibunya di Kampung Bukit Teh, Butterworth. Dan kini menetap di Kampung Petani, Permatang Pauh apabila rumah keluarganya telah siap.

Tempurung kepala Azizi yang dikeluarkan masih berada di makmal Hospital Pulau Pinang (HPP). Kos pembedahan bagi memasukkan semula tempurung kepalanya yang dijadualkan pada 6 Julai ini kira-kira RM1,200.

Azizi kerap menangis bila menyentuh bahagian kepalanya yang tidak bertempurung. Menurut Roslina, ramai rakan sekolah Azizi turut bersedih melihat wajah anaknya itu yang tidak seceria dulu.

Azizi yang sepatutnya menduduki peperiksaan SPM November ini tidak mampu mengingati apa-apa selepas kemalangan itu. Malah dia tidak dapat mengeja namanya sendiri. Apa yang hanya mampu dilakukan ialah menangis apabila berasa sakit atau tidak selesa.

Bagi memastikan Azizi dijaga sepenuhnya, Roslina yang bekerja di sebuah kilang di Perai dengan pendapatan kira-kira RM500 sebulan, mengambil keputusan berhenti kerja.

Selain Azizi, tiga anaknya yang lain ialah Mohd Amirul, 14, Nor Atika, 12, dan Nor Aini, 10.

Suami Roslina, Khalid Yahya, 45, cuma bekerja kampung termasuk membuat buluh pancang yang ditempah penduduk kampung untuk projek menanam sayur-sayuran.

Roslina yang cekal menguruskan keluarganya memberitahu, beliau tetap menaruh harapan tinggi agar anaknya itu kembali pulih.

“Terkini, doktor di HPP memberitahu pembedahan itu boleh dilakukan pada 6 Julai depan. Biarpun fizikal Azizi tidak pulih sepenuhnya, saya berharap ingatannya kembali normal kerana saya rindu untuk mendengar suaranya memanggil saya ibu.

“Biarpun berat mata memandang, sebagai ibu saya sentiasa berdoa agar kepada Tuhan selain reda dengan ketentuan-Nya,” ujar Roslina.

1 ulasan:

  1. ibu mana yg tak sdih bla melihat ank yg dlunya sihat sempurna, tp dlm skelip mata merubah dunianya...saya sbagai ibu juga mengerti dan memahami isi hati ibu malang itu...tabahkan hati, redha apa yg brlaku, dan banyakkan memohon pertolongan dari-Nya....insyaallah, apa yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya...

    BalasPadam