Selasa, 1 Mac 2011

Meraikan Kejayaan STPM 2011

Anak pengawal keselamatan, Norwahida Binti Mohd Jamal, 20, tidak menyangka memperoleh 4A dan menyifatkan keputusan itu sebagai detik awal untuk mengubah nasib keluarganya. Beliau mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. Beliau pernah belajar di SM Permatang Pasir dari tingkatan 1 dan SM Penanti, beliau juga akan melanjutkan pelajarannya di USM.
Dengan menjadi pelajar paling cemerlang STPM dalam Pulau Pinang maka Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh tidak ketinggalan meraikan kejayaan dengan menziarahinya dan memberi sedikit sumbangan wang tunai.
Kepada Adik Norwahida kami mengucapkan Sekalung TAHNIAH!!.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan