Khamis, 25 Ogos 2011

Program Bantuan Anak-Anak Yatim

Salam 1 Malaysia, Petang semalam telah berlangsungnya Majlis berbuka puasa meraikan anak-anak yatim dalam Parlimen Permatang Pauh. Kegigihan serta keiklasan ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh dalam membantu masyarakat Permatang Pauh tanpa jemu patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin lain.
Pada 20 hb yang lalu sumbangan diberikan kepada golongan fakir miskin dan kali ini seramai 160 orang anak-anak yatim telah menerima RM100 setiap orang.
Turut sama dalam majlis itu ialah ketua-ketua cawangan di Parlimen Permatang pauh.
Dengan sikap pemurah yang ditunjukkan oleh Saudara Mohd Zaidi Hj Mohd Said, maka pada 29hb ni jam 9pg-11pg beliau akan mengagihkan 500 ekor ayam untuk ketua-ketua pemuda dalam Permatang Pauh untuk sambutan Hari Raya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan