Selasa, 22 Februari 2011

My Balik Pulau : Pemuda UMNO dan NGO Buat Laporan Polis.

Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh bersama Gerakan Belia 4B Permatang Pauh serta 2 Lagi NGO telah membuat laporan polis bagi meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran risalah My Balik Pulau yang berunsur perkauman & menghina bangsa melayu.





Mohd Amiruddin Bin Hj Abdul Hamid, Pengerusi Belia 4B Ptg.Pauh.









Program Motivasi Di Sekolah Men. Mengkuang

Bertempat di Sekolah Menengah Mengkuang, satu majlis ringkas bersama Ketua Pemuda Bahagian Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said, bertemu dengan para pelajar sekolah tersebut turut hadir ialah beberapa pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dalam majlis tersebut Cikgu Zaidi sempat memberi motivasi kepada pelajar serta memberi perangsang menarik minat untuk belajar.
Selepas itu beliau dibawa melawat beberapa kelas termasuklah melawat pelajar-pelajar yang terdiri dari OKU. Beliau juga telah memberi sumbangan wang tunai sebanyak RM2000 sebagai dana pendidikan sekolah tersebut.












Lawatan Ke Cawangan Permatang Tengah

Baru-baru ini dalam rangka lawatan ke beberapa cawangan di sekitar Permatang Pauh, kami sempat singah ke rumah Ketua Cawangan Permatang Tengah iaitu saudara Pak Syed Azmi. Di situ kami dapat melihat beberapa projek yang diusahakannya. Apa yang menarik minat kami adalah projek ternakkannya agak unik kerana tak ramai orang yang terfikir untuk mengusahakannya, seperti ikan Kelisa dan Tokkey tak lupa juga bahan makanan untuk kelisa juga ada diternaknya iaitu keridik.








Motorsikal antik

Sabtu, 12 Februari 2011

Pemuda UMNO Agihkan RM30 Ribu Untuk Gerakkan Program Pendidikan Dan Aktiviti Cawangan

Permatang Pauh 12/02/2011. Demi untuk menawan kembali Parlimen Permatang Pauh dari terus dibawah Pakatan Rakyat, maka Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh bersama Ketuanya Mohd Zaidi Bin Md Said mengorak langkah mendahulukan rakyat dengan mengagihkan RM30 ribu ringgit dalam masa 2 hari bagi mengerakkan program pendidikan serta aktiviti cawangan dalam Parlimen Permatang Pauh.
Antara aktiviti tersebut termasukkah memberi sumbangan wang tunai kepada insan-insan yang memerlukan dan antaranya:
Cawangan Padang Ibu - Sakit Kronik RM300
Cawangan Simpang 3 Kubang Ulu - Program Pemuda RM300
Cawangan Guar Perahu - Sambutan Maulidur Rasul RM500
Cawangan Kampung Pelet - Lawatan Ke Kelantan RM500
Cawangan Padang Temusu - Sambutan Maulidur Rasul RM300
Cawangan Permatang tengah - Pemuda Kemalangan RM300
Cawangan Padang Temusu - Sumbangan PA System Majlis perkahwinan RM300
Wang untuk mesyuarat pemuda cawangan - RM8400
Dana pendidikan untuk sekolah RM12000.
Bayaran Untuk Skim Perlindungan Kebajikan Pemuda - RM7000.


Keadaan Kereta Mohd Nazri Yang terlibat Dalam kemalangan

Cikgu Zaidi Melawat serta memberi sedikit sumbangan
Kepada Mohd Nazri yang patah tulang belakang dalam
kemalangan pada 25/12/2010.

Menghadiri kenduri di Cawangan Ton Sardon

Bertanyakan sesuatu kepada mangsa kemalangan

Program Pemuda di Simpang 3 Kubang Ulu.
Turut sama Ketua Cawangan Jefri.

Memberi Sedikit sumbangan kepada Saudara Zakaria
yang telibat dalam kemalangan

Menyerahkan Sumbangan Kepada Pengerusi JKKKP Guar Perahu untuk
program sambutan Maulidur Rasul di Masjid Guar Perahu pada 15/2/11.

Majlis taklimat mesyuarat pemuda


Wang peruntukan mesyuarat agung pemuda cawangan



Sumbangan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh














Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang dipimpin oleh Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said (Cikgu Zaidi) telah memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah yang telah terpilih sekitar Kadun Permatang Pasir. Bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir dalam majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 yang telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Bin Mohd Jaid Pengurus Besar Agro Bank Pulau Pinang. Sebanyak lima sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir,Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah, Sekolah Rendah Bukit Indra Muda, Sekolah Menengah kebangsaan Mengkuang Dan Sekolah Rendah Permatang Pauh telibat dalam majlis ini.
Dalam majlis itu juga Cikgu Zaidi telah menyerahkan sumbangan dari Pemuda Permatang Pauh sebanyak RM 12 ribu untuk sekolah-sekolah tersebut.
Dana Pendidikan Sek.Keb.Permatang Pasir RM3000.
Tempat Berwuduk Sek.Keb.Permatang Pasir RM3000.
Dana Pendidikan Sek.Men.Keb.Sama Gagah RM3000.
Dana Pendidikan Sek.Keb.Bukit Indra Muda RM1000.
Dana Pendidikan Sek.Keb.Permatang Pauh RM1000.
Dana Pendidikan Sek.Men.Keb.Mengkuang RM1000.
Seramai 36 murid yang mendapat 5A dalam UPSR telah menerima RM100 seorang.
Dalam majlis itu juga Cikgu Zaidi telah berjanji akan memberi ganjaran antara tiga buah sekolah yang terbaik dalam UPSR tahun ini akan menerima RM10 ribu ringgit. Sekolah yang terlibat ialah Sek.Ren Permatang Pauh, Sek.Ren. Bukit Indra Muda dan Sek.Keb. Permatang Pasir. Menurut Cikgu Zaidi tujuan utama ganjaran tersebut adalah sebagai motivasi serta memberi persaingan yang sihat dalam memajukan murid-murid itu sendiri tambahan pula beliau pernah mendapat didikan awal di Sek.Keb. permatang Pasir dan sedikit sebanyak beliau ingin merakamkan penghargaan disekolah tersebut dengan sumbangan yang diberikan.