Rabu, 18 Julai 2012

Kejohanan Badminton Tertutup Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh

 Juara Kejohanan Team Farid Khan Dan Solihin menerima hadiah dari Ketua Pemuda

 Antara Pemenang-pemenang kejohanan kali ini

17 Julai 2012. Bertempat di Dewan Besar Tapak Ekspo Seberang Jaya. telah berlangsungnya kejohanan Badminton tertutup Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh Dan kali ini menyaksikan juara disandang oleh team Farid Khan dan juga Solihin, Naib Juara pula disandang oleh Abu Bakar Sideq berpasangan dengan Abang.
Manakala tempat ketiga jatuh kepada Team Mael dan Rizam dan tempat keempat dimenangi oleh Cikgu Md Nor dan Ariffin.Seramai 24 peserta terdiri dari pemuda-pemuda yang sering bermain disitu setiap malam isnin dan juga peserta jemputan dari Kosmo dan Utusan cawangan Seberang Jaya.
Turut sama bertanding ialah Cikgu Zaidi yang berpasangan dengan Ustaz Zaki yang gagal ke peringkat suku akhir apabila tewas ditangan juara dan naib juara.
Pertandingan ini dijalankan secara undian bagi menentukan pasangan masing-masing.

Sabtu, 5 Mei 2012

Pemuda UMNO sumbang kamus untuk murid SK Guar Perahu


Mohd. Zaidi Mohd Said (baju merah) bersama murid Tahun Enam serta guru selepas majlis penyampaian Kamus Dwibahasa Oxford Fajar bagi membantu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, Pulau Pinang, semalam.
PERMATANG PAUH 4 Mei - Pemuda UMNO Bahagian permatang Pauh hari ini menyerahkan kamus kepada 126 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Perahu di sini bagi membolehkan pelajar menjadikannya sebagai bahan rujukan.
Majlis penyerahan kamus bernilai RM2,000 itu disempurnakan oleh Ketua Pemuda UMNO bahagian, Mohd. Zaidi Mohd. Said kepada murid yang terlibat.
"Sumbangan kamus ini bagi membolehkan pelajar termasuk murid miskin menjadikannya sebagai bahan rujukan berfaedah kepada mereka," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya memberi sumbangan kamus dwibahasa tersebut setelah mendapat permohonan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu pada Mac lalu.
Seorang pelajar, Nor Arifah Suhaidi, 12, berkata, dia gembira menerima kamus itu dan akan menggunakannya untuk pembelajaran di sekolah dan di rumah.
Rakannya, Mohd. Irwan Shah Solleh, 12, berkata, kamus itu dapat membantunya dalam pelajaran bahasa Inggeris.
"Saya mahu mahir dalam bahasa Inggeris dan akan menjadikan kamus ini sebagai rujukan," katanya.

Isnin, 26 Mac 2012

EKLUSIF- YB Salleh Man DiJangka Buat Kejutan.

Yb Salleh Man yang merupakan Adun Permatang Pasir dijangka akan membuat satu keputusan diluar jangkaan. Ketika ditemuinya semasa mesyuarat Gelombang Biru yang bertempat di Mee Udang, Pengkalan Tambang beliau merasakan tertipu dengan janji-janji DAP serta Anwar Ibrahim sendiri apabila sewaktu pertandingan bagi merebut kerusi Dun Permatang Pasir dulu, beliau dijanjikan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Beliau juga memberitahu kami bahawa beliau tertekan dengan janji-janji kosong tersebut kerana setiap kali berdepan dengan penyokong-penyokong beliau, beliau terpaksa menipu konon-kononnya akan memikul tugas tersebut sedikit masa nanti.

Beliau juga menyedari bahawa peranan PAS dalam kerajaan Pulau Pinang umpama melukut ditepi gantang apabila selalu disisihkan dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan Agama Islam. Banyak lagi kepincangan kerajaan DAP yang akan didedahkan beliau nanti.

Menurutnya lagi bahawa pendedahan yang dibuat oleh Mohamad Rozali yang merupakan bekas pegawai sulit YB Jeff Ooi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara apabila DAP/PR berjaya membentuk kerajaan, tidak dapat diterimanya dan beliau dijangka membuat satu kejutan semasa kedatangan Hassan Ali yang mengadakan ceramah di Permatang Pasir pada 7 April nanti. Sama-sama kita nantikan apakah kejutan.


Kelihatan Yb Salleh Man bersama dengan Penyelaras Dun Permatang Pasir, Tuan Hj Rahim Man den Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pmtg. Pauh, Cikgu Zaidi.

Macam kembar seiras. Tn Hj Rahim Man sempat bergurau "kali ini tukar Salleh Man dengan Rahim Man pulak"

Isnin, 19 Mac 2012

Kejohanan Bolasepak Piala Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh

Seberang Jaya 18 Mac 2012, Kejohanan Bolasepak 9 sebelah Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Sony anjuran Kelab Sukan Utusan/Kosmo cawangan Seberang Jaya.

Sebanyak 45 pasukan telah berentap dan menyaksikan perlawanan akhir diantara Mesra FC dengan Veera FC dengan kemenangan berpihak kepada Veera FC yang terdiri dari kaum India dan Melayu melalui tendangan Penelti apabila kedua-dua pasukan terikat dengan 1 sama.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh saudara Suhaimi Bin Sabudin, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang mewakili Saudara Mohd Zaidi yang tidak dapat hadir kerana kematian abang iparnya.

Kami di kamisedia merakamkan takziah kepada beliau serta keluarga, dan kepada para pemenag taniah diucapkan.





Jumaat, 16 Mac 2012

Kilang Solar Di Batu Kawan,Pencemaran Cadmium Bakal Tersebar Sebabkan Kanser!


Ramai yang membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Pahang, namun mereka tidak mengetahui nasib yang bakal menimpa 100,000 penduduk di Batu Kawan apabila sebuah kilang yang mengeluarkan toksik dibina di negeri ini.

Ketua Biro Perkhidmatan Awam Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Rich Too berkata, mereka menuntut penjelasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai pembinaan kilang berkenaan yang dikendalikan sebuah syarikat dari Jerman.

“Kita tidak menentang teknologi solar tetapi proses untuk menghasilkannya boleh mencemarkan alam sekitar. Ia juga akan mengancam kehidupan jika pembuangan sisa toksik tidak dikendalikan dengan betul.

"Sehingga kini tiada sebarang penjelasan diberikan Kerajaan Negeri kepada umum mengenai projek yang akan dijalankan itu," katanya kepada media semalam.

Menurutnya, orang ramai yang menyokong Guan Eng kerana membantah pembinaan loji Lynas sebenarnya tidak sedar bahawa sebuah kilang yang mengeluarkan toksik akan berada di Batu Kawan.Sehubungan itu, mereka menuntut Guan Eng memaklumkan lokasi tepat serta mengemukakan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (EIA) kilang berkenaan.


“Kita mahu penjelasan tentang kaedah yang digunakan untuk mengendalikan bahan berbahaya seperti toksik yang dikeluarkan oleh loji itu kelak.


"Guan Eng juga perlu maklumkan langkah pencegahan jika berlaku kecemasan atau kemalangan sekiranya loji itu dibina bersebelahan taman perumahan," katanya.

Difahamkan, loji pengeluaran panel solar berkenaan akan dibina di Batu Kawan dengan pelaburan RM2.2 bilion.Syarikat dari luar negara itu dikatakan sudah memulakan proses pembelian tanah seluas 32 hektar di kawasan berkenaan.

Rich berkata, Guan Eng dilihat tidak mengambil kira pandangan umum khususnya penduduk di situ terlebih dahulu sebelum meluluskan pembinaannya.


“Pembinaan loji ini boleh disifatkan sebagai penganiayaan kepada bakal penduduk yang hanya menunggu rumah mereka siap untuk diduduki.

"Loji ini memerlukan kawasan luas untuk mengawal sembilan jenis gas beracun yang dihasilkannya," katanya.

sumber:Mypenangonline