Khamis, 30 Jun 2011

Bersih 2.0 - Lagi Laporan Polis Dibuat




Hari ini sebanyak 5 koperasi yang berada di kawasan Seberang Perai telah membuat laporan Polis bagi membantah Bersih 2.0 di Balai Polis Bandar Perda yang diketuai oleh Tuan Haji Ishak Bin Ismail selaku Pengerusi Koperasi Nusa Gemilang Seberang Perai Berhad.

Turut sama ialah Tuan Haji Abdul Rahim Bin Man Penyelaras Kadun Permatang Pasir serta hampir 40 orang ahli koperasi yang terlibat. Bantahan dibuat kerana pada tarikh tersebut ada Perayaan Hari Koperasi Negara yang akan berlangsung di Putrajaya yang akan dirasmikan oleh PM kita jadi perhimpunan ini akan dihadiri seramai 15 ribu orang dan dikuatiri akan menganggu perjalanan program tersebut.

Antara Koperasi yang membuat laporan Polis ialah:
1) Koperasi Nusa Gemilang Seberang Perai Berhad.
2) Koperasi Pembangunan Kampung Tradisional Guar Perahu Berhad.
3) Koperasi Perwaris Permatang Pauh Seberang Perai Berhad.
4) Koperasi Kepala Bukit Seberang Perai Berhad.
5) Koperasi Usahawan Tani Seberang Perai Berhad.

Rabu, 29 Jun 2011

Bersih 2.0 - Pemuda UMNO Buat Laporan Polis

Bantahan demi bantahan telah diterima dari berbagai pihak dan hari ini hampir 2000 bantahan dari seluruh negara berkenaan dengan Bersih 2.0 yang dijadualkan pada 9hb Julai nanti.
Kali ini Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang diketui oleh Exconya Saudara Abu Bakar Sidekh Bin Zainal Abidin bersama dengan beberapa pemuda telah membuat laporan Polis bagi menghalang perhimpunan tersebut. Laporan tersebut telah dibuat di Balai Polis Bandar Perda.
Turut sama yang membuat laporan polis ialah Saudara Farid Khan yang mewakili bloger Kami Sedia dengan harapan agar pihak yang berkenaan dapat menghalang perhimpunan tersebut kerana akan mengucar-kacirkan keadaan negara serta menjejaskan ekonomi negara yang pesat membangun.


Isnin, 13 Jun 2011

Ucapan Pengulunggan KP Di Mesyuarat Bahagian



Membantu Teman-Teman Persekolahan

Kali ini Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh turun ke padang dengan memberi bantuan kepada rakan-rakan persekolahannya sewaktu di Sekolah Menengah Penanti.
Beliau menziarahi seorang rakan yang agak malang apabila rakannya serta 5 anaknya ditinggalkan suami. Jadi dalam keadaan yang tidak dapat bekerja kerana mengalami lumpuh sebelah badan rakannya itu terpaksa mengharapkan belas ihsan dari jiran tertangga serta wang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyekolahkan anak-anaknya. Beliau yang yang menyewa rumah di Kampung Padang Ibu tidak dapat untuk membayar sewa rumahnya tertungak hampir 4 bulan kerana wang yang diterimanya tidak mencukupi.
Bagi meringankan bebanan ibu yang ditinggalkan itu maka beliau membayar wang sewa rumah tersebut selama setahun kepada tuan rumah sebanyak RM2000. Turut sama ialah saudara Azmi Bin Md Iman serta beberapa rakan persekolahan mereka dan juga Ketua UMNO Cawangan Padang Ibu iaitu Puan Latifah.








Jumaat, 10 Jun 2011

Pemuda Terus Membantu

Syukur Alhamdulilah, itulah perkataan yang diucapkan oleh M Shariff Bin Md Nafiah yang tinggal di Kampung Guar Perahu merupakan ahli UMNO di Cawangan Kampung Guar Jering apabila Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh dengan Kerjasama Giat Mara telah memberi peruntukan sebanyak RM5000 untuk mendirikan tandas dirumahnya.

Sebelum ini beliau sekeluarga terpaksa menumpang tandas rumah jirannya memandangkan beliau tidak berkemampuan dan hanya mandi serta membasuh pakaian sahaja di bilik air rumahnya tambahan pula anaknya seramai 5 orang yang semuanya masih bersekolah.

Beliau merakamkan jutaaan terima kasih diatas keperihatinan barisan kempimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Ketua Cawangan Guar Jering, Ketua Pemuda Cawangan Guar Jering serta Cikgu Mohd Nor yang mewakili Giat Mara.

SEBELUM

SELEPAS

Khamis, 9 Jun 2011

Penghargaan Buat Pegerakan Pemuda

Terharu dan tidak sangka apabila pemohonan beliau telah mendapat respon dengan segera oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh dengan memberi peruntukan sebanyak RM3000 untuk membaiki rumahnya yang telah dipukul ribut. Saudara Mustapa yang menetap di Kampung Guar Perahu merupakan Ahli UMNO yang Aktif di Cawangan Padang Temusu.
Beliau merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pimpinan Pemuda Bahagian selepas beliau tidak mendapat perhatian dari Pemimpin UMNO Bahagian apabila berpucuk surat beliau kirimkan.
Tidak sampai 3 hari masaalah beliau telah dapat diatasi dengan kesunguhan Pemuda, inilah yang dinamakan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.





Isnin, 6 Jun 2011

Karenah Birokrasi Antara Punca UMNO Dibenci

Sebelum


Selepas
Gambar diambil sebelum dan selepas, Rumah Mangsa Kebakaran yang melibatkan kematian seorang kanak-kanak di Kampung Permatang Nibung. Pergerakan Pemuda telah memperuntukkan sebanyak RM17 ribu untuk baik pulih rumah tersebut.


Seperti ditegaskan semasa ucapan pengulunggan semasa Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang lalu, Ketua pemudanya mengatakan karenah birokrasi antara punca UMNO dibenci rakyat, seperti ditegaskan beliau bahawa dalam pemuda tidak ada masaalah demikian berlaku.
Pertolongan serta bantuan yang diberikan oleh Pergerakkan Pemuda di Permatang Pauh melebihi skop yang sepatutnya kerana hampir separuh cawangan dalam Permatang Pauh mencari Pemuda untuk mendapat bantuan termasuklah Pergerakkan Wanita serta Puteri.
Jadi yang menjadi persoalan sekarang dimana letaknya Ketua Bahagian yang sepatutnya menyelesaikan masaalah rakyat, ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan beliau apabila rakyat memohon peruntukan serta bantuan selepas pelbagai surat telahpun diberikan.
Tapi dalam pergerakan pemuda, mereka mengamalkan "Rakyat Didahulukan" dengan memberi bantuan dengan segera tanpa sebarang surat menyurat, inilah yang disukai rakyat. Jadi Fikir-fikirlah..

Ahad, 5 Jun 2011

Selamat Pengantin Baru Sallehin & Shieha

Hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan Mohd Sallehin Bin Abdul Samat yang merupakan bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh dan pasangannya Nor Shieha Binti Mustafa bertempat di rumah pengantin lelaki di Pengkalan Tambang, Permatang Pauh.
Apa yang menariknya kedua-dua mempelai telah diarak menaiki Traktor yang di pandu oleh Ketua Permuda sendiri iaitu Cikgu Mohd Zaidi Md Said dari Restoran Aur Gading, Sungai Dua hingga ke rumah pengantin.
kami dari kamisedia mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai.






Hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan Mohd Sallehin Bin Abdul Samat yang merupakan bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh dan pasangannya Nor Shieha Binti Mustafa bertempat di rumah pengantin lelaki di Pengkalan Tambang, Permatang Pauh.
Apa yang menariknya kedua-dua mempelai telah diarak menaiki Traktor yang di pandu oleh Ketua Permuda sendiri iaitu Cikgu Mohd Zaidi Md Said dari Restoran Aur Gading, Sungai Dua hingga ke rumah pengantin.
kami dari kamisedia mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai.