Isnin, 7 Mac 2011

Kenapa Tak Dahulukan Rakyat???

PERMATANG PAUH, pada 24 Febuari lalu telah berlakunya ribut taufan disusuri dengan hujan yang lebat pada jam 4 petang telah mengakibatkan sebanyak 8 buah rumah dan sebuah surau mengalami kerosakan pada bahagian bumbung, rumah yang terjejas paling teruk ialah milik Puan Fatimah Binti Abdullah 50' yang tinggal bersama dua orang anaknya, Mohd Paizul dan Solehah. Melihat keadaan Puan Fatimah yang agak uzur kerana mengidap penyakit jantung, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh sempat menziarahi beliau dan memberi sedikit sumbangan kepada beliau serta sumbangan kepada keluarga yang terlibat dalam bencana tersebut.

Pergerakan Pemuda yang diketuai oleh Cikgu Mohd Zaidi bersama penduduk setempat telah menjalankan gotong-royong bagi membaiki bumbung surau serta membelanjakan sebanyak RM1000 bagi tujuan tersebut.

Apa yang mendukacitakan ialah dimanakan tanggungjawab Ketua Bahagian Permatang Pauh serta Adun dikawasan itu yang hanya datang tanpa memberikan apa-apa sumbangan, Nak mengharapkan Pakatan Rakyat jauh sekali, jenguk pun tidak. Apatah lagi kejadian tersebut berlaku selama 12hari apa-apa sumbangan pun mereka tidak memperolehi. Sepatutnya apabila
melibatkan bencana alam sedemikian rupa, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh selaku penyelaras parlimen kenalah mengambil tindakan segera kerana peruntukan segera dari ICU atau pun JKM sebanyak RM500 telah tersedia. Kenapa Tidak Dahulukan rakyat??.


Cikgu Zaidi bertanyakan sesuatu kepada mangsa yang terlibat


Menziarahi Puan Fatimah yang terlantar akibat serangan jantung




Keadaan rumah Puan Fatimah yang mengalami kerosakkan teruk


Keadaan Surau selepas gotong-royong dijalankan.

1 ulasan:

  1. bro saya dah link dlm list blog baru.tq sudi datang ke blog Panglima.tq

    BalasPadam