Sabtu, 12 Februari 2011

Sumbangan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh














Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang dipimpin oleh Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said (Cikgu Zaidi) telah memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah yang telah terpilih sekitar Kadun Permatang Pasir. Bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir dalam majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 yang telah dirasmikan oleh Encik Mohammad Bin Mohd Jaid Pengurus Besar Agro Bank Pulau Pinang. Sebanyak lima sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir,Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah, Sekolah Rendah Bukit Indra Muda, Sekolah Menengah kebangsaan Mengkuang Dan Sekolah Rendah Permatang Pauh telibat dalam majlis ini.
Dalam majlis itu juga Cikgu Zaidi telah menyerahkan sumbangan dari Pemuda Permatang Pauh sebanyak RM 12 ribu untuk sekolah-sekolah tersebut.
Dana Pendidikan Sek.Keb.Permatang Pasir RM3000.
Tempat Berwuduk Sek.Keb.Permatang Pasir RM3000.
Dana Pendidikan Sek.Men.Keb.Sama Gagah RM3000.
Dana Pendidikan Sek.Keb.Bukit Indra Muda RM1000.
Dana Pendidikan Sek.Keb.Permatang Pauh RM1000.
Dana Pendidikan Sek.Men.Keb.Mengkuang RM1000.
Seramai 36 murid yang mendapat 5A dalam UPSR telah menerima RM100 seorang.
Dalam majlis itu juga Cikgu Zaidi telah berjanji akan memberi ganjaran antara tiga buah sekolah yang terbaik dalam UPSR tahun ini akan menerima RM10 ribu ringgit. Sekolah yang terlibat ialah Sek.Ren Permatang Pauh, Sek.Ren. Bukit Indra Muda dan Sek.Keb. Permatang Pasir. Menurut Cikgu Zaidi tujuan utama ganjaran tersebut adalah sebagai motivasi serta memberi persaingan yang sihat dalam memajukan murid-murid itu sendiri tambahan pula beliau pernah mendapat didikan awal di Sek.Keb. permatang Pasir dan sedikit sebanyak beliau ingin merakamkan penghargaan disekolah tersebut dengan sumbangan yang diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan