
Mohd. Zaidi Mohd Said (baju merah)
bersama murid Tahun Enam serta guru selepas majlis penyampaian Kamus
Dwibahasa Oxford Fajar bagi membantu meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu, Pulau Pinang, semalam.
Majlis penyerahan kamus bernilai RM2,000 itu disempurnakan oleh Ketua Pemuda UMNO bahagian, Mohd. Zaidi Mohd. Said kepada murid yang terlibat.
"Sumbangan kamus ini bagi membolehkan pelajar termasuk murid miskin menjadikannya sebagai bahan rujukan berfaedah kepada mereka," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya memberi sumbangan kamus dwibahasa tersebut setelah mendapat permohonan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu pada Mac lalu.
Seorang pelajar, Nor Arifah Suhaidi, 12, berkata, dia gembira menerima kamus itu dan akan menggunakannya untuk pembelajaran di sekolah dan di rumah.
Rakannya, Mohd. Irwan Shah Solleh, 12, berkata, kamus itu dapat membantunya dalam pelajaran bahasa Inggeris.
"Saya mahu mahir dalam bahasa Inggeris dan akan menjadikan kamus ini sebagai rujukan," katanya.