
Isnin, 31 Januari 2011
Sabtu, 29 Januari 2011
Juara Rakyat Bulan Kerjaya Dan Kemahiran








Assalamualaikum dan Salam 1 malaysia,
Bulan Lepas di hari terakhir tahun 2010 telah berlangsungnya satu Program dalam siri Juara Rakyat yang dinamakan "BULAN KERJAYA DAN KEMAHIRAN".
Pergerakan Pemuda yang diketui oleh Cikgu Mohd Zaidi Bin Md Said telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program tersebut dan Program tersebut dilihat paling meriah dengan sambutan yang sanggat memberangsangkan yang dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Dato' Abdul jalil Bin Abdul majid.
Pada majlis tersebut, Cikgu Zaidi telah melancarkan satu skim yang sangat istimewa kepada setiap ahli pemuda UMNO di Parlimen Permatang pauh sebagai tanda keperihatinan pimpinan pemuda diperingkat bahagian iaitu:
1- Mana-mama ahli pemuda UMNO dalam Bahagian Permatang Pauh yang meninggal dunia, warisnya akan mendapat RM1000 serta merta.
2- Mana-mana ahli Pemuda UMNO di dalam bahagian Permatang Pauh yang terlibat dalam kemalangan atau sakit dan tidak dapat bekerja akan mendapat RM20 sehari selama 3 bulan bersamaan dengan RM1800.
Selain dari itu perbagai acara yang menarik disusun atur seperti:
-Pameran serta jualan produk-produk bumiputera.
-Pameran dari Agensi kerajaan dan swasta.
-Pertunjukan Pentas.
-Cabutan Bertuah.
-Anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR & PMR.
-Anugerah kepada Tokoh-tokoh pemuda yang berjaya.
-Pemberian bag sekolah kepada anak-anak pemimpin diperingkat cawangan.
-Pertandingan Skuter tercantik.
dan Pertunjukan bunga api Tahun Baru.
Lawatan Sambil Belajar Pemuda Bahagian Permatang Pauh
Sekitar Persidangan Tahunan UMNO Cwn. Guar Jering
Guar Jering 13/6/2010. Persidangan UMNO Cawangan Guar Jering berjalan dengan lancar dan dirasmikan oleh Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh, Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said. Sebelum itu telah berlangsungnya persidangan bagi Puteri, Pemuda serta wanita. Saudara Bahrain Ketua Cawangan Kg Paya merangkap exco Bahagian diberi tangungjawab memantau perjalanan mesyuarat tersebut.








Sekitar Persidangan Tahunan Pemuda UMNO Permatang Pauh















PROGRAM MOTIVASI & KECEMERLANGAN UPSR
Sidang Media Membantah Kenyataan Guang Eng
Ketua Menteri P.Pinang ini terus menikus dan menyembunyikan diri apabila pembongkaran dibuat terhadap perangai jahatnya terhadap penjawat awam. Dia yang sebelum ini begitu berani ala-ala gangster menyerang Nik Ali, kini ibarat kehilangan suara apabila perangai samsengnya diketahui umum.
Apa yang mampu dilakukan oleh Ketua Menteri pengecut ini hanyalah dengan menghantar pencacai upahan untuk bercakap bagi pihaknya.
Ng Wei Aik juga menggelar Nik Ali sebagai seorang Little Napoleon yang KURANG AJAR kerana berperang dengan Lim Guan Eng. Cina kiasu ini juga mempertikaikan mengapa tindakan Nik Ali disokong sepenuhnya oleh pihak KSN, Menteri-menteri UMNO dan juga Perdana Menteri sendiri.
Dia juga mengugut pihak kerajaan pusat supaya mengambil tindakan tegas kepada Nik Ali jika tidak mahu kakitangan-kakitangan awam yang lain MEMBERONTAK terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Nampak tak betapa biadapnya DAP dan seluruh kroni-kroninya. Mereka sanggup melakukan apa saja demi memastikan matlamat mereka tercapai termasuklah berbohong, memfitnah dan juga mengugut kerajaan pusat.
Inilah corak pemerintahan DIKTATOR berorientasikan KOMUNIS yang cuba diterapkan oleh Lim Guan Eng dan DAP di negeri P.Pinang.
Dan inilah juga kepimpinan yang amat disanjung-sanjung oleh seluruh pengikut PAS serta PKR di seluruh negara kononnya kepimpinan gaya Khalifah Umar r.a.
Sudahlah mereka BERBOHONG, dan apabila tembelang mereka terbongkar, sanggup pula mereka memutarbelitkan fakta dan juga bertindak mengugut pihak kerajaan pusat pula.



