Isnin, 29 Ogos 2011

Cikgu Zaidi Agihkan 600 ekor Ayam Di Permatang Pauh

Permatang Pauh 29hb Ogos 2011. Menjelangnya hari lebaran esok, Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh yang diketui oleh Saudara Mohd Zaidi Bin Hj Mohd Said telah mengagihkan 600 ekor ayam kepada pemimpin-pemimpin di peringkat cawangan dalam Parlimen Permatang Pauh. Sumbangan tersebut merupakan salah satu penghargaan diatas usaha cawangan selama ini yang menaikan kembali imej UMNO yang tercalar satu ketika dahulu.
Selain dari sumbangan ayam, cikgu zaidi juga menyerahkan sumbangan dalam bentuk wang kepada sebahagian warga emas yang belum menerima apa-apa sumbangan dari beliau sepanjang 3 program yang lalu.













Majlis Iftar Bersama Cikgu Zaidi

PERMATANG PAUH - Seramai 150 ahli UMNO Permatang Pauh terdiri Ketua Cawangan ,Ketua Pemuda Cawangan hadir ke program Iftar Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh yang dianjurkan kelmarin .

Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Sdr Mohd Zaidi Bin Hj Mohd Said berkata walaupun hujan lebat sejak pagi , ia tidak menghalang kehadiran ramai pemimpin dari Pemuda & Ketua Cawangan untuk hadir .

“Sempena kedatangan Syawal terakhir sebelum menjelang Pilihanraya Umum akan datang , Pemuda ingin mengambil peluang meraikan majlis berbuka puasa ini bersama seluruh jentera UMNO Bahagian peringkat akar umbi "

Turut hadir dalam majlis ini ialah Penyelaran DUN Prmtg Pasir, Tn Hj Rahim Hj Man .





Khamis, 25 Ogos 2011

Program Bantuan Anak-Anak Yatim

Salam 1 Malaysia, Petang semalam telah berlangsungnya Majlis berbuka puasa meraikan anak-anak yatim dalam Parlimen Permatang Pauh. Kegigihan serta keiklasan ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh dalam membantu masyarakat Permatang Pauh tanpa jemu patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin lain.
Pada 20 hb yang lalu sumbangan diberikan kepada golongan fakir miskin dan kali ini seramai 160 orang anak-anak yatim telah menerima RM100 setiap orang.
Turut sama dalam majlis itu ialah ketua-ketua cawangan di Parlimen Permatang pauh.
Dengan sikap pemurah yang ditunjukkan oleh Saudara Mohd Zaidi Hj Mohd Said, maka pada 29hb ni jam 9pg-11pg beliau akan mengagihkan 500 ekor ayam untuk ketua-ketua pemuda dalam Permatang Pauh untuk sambutan Hari Raya.







Ahad, 21 Ogos 2011

Masuk Kampung Sampaikan Sumbangan

21hb Ogos 2011 - Pergerakkan Pemuda UMNO Permatang Pauh sekali lagi mendahulukan rakyat dengan menyampaikan sumbangan dari rumah kerumah sekitar cawangan Pekan Permatang Pauh. Seramai 10 orang penerima yang terlibat dan tak lupa juga 30 orang peserta tadarus al-quran di Masjid Permatang Pauh turut menerima cenderahati dari Cikgu Mohd Zaidi Bin Hj Mohd Said.









Sumbangan Ramadhan Di Permatang Ara

21hb Ogos 2011 - Bantuan demi bantuan di berikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Permatang Pauh, kali ini seramai 25 orang yang terdiri dari ibu tunggal dan warga emas diberikan dalam satu majlis ringkas yang bertempat di Dewan UMNO Permatang Ara.









Sabtu, 20 Ogos 2011

Sekitar Program Sumbangan Untuk Fakir Miskin

Alhamdulilah.. Semalam berlangsungnya satu Majlis yang dinamakan, Majlis Penyampaian sumbangan & Zakat untuk Fakir Miskin didalam Parlimen Permatang Pauh. Seramai 350 penerima telah menghadirkan diri pada majlis tersebut yang terdiri dari pemuda dan cawangan. Setiap cawangan diperuntukkan seramai 4 orang yang merupakan wang tunai sebanyak RM100 setiap orang.
Hampir 1 ribu orang telah turut serta dalam majlis ini yang pada mulanya dijangkakan seramai 500 orang. Ini menunjukkan kesungguhan Pergerakkan Pemuda UMNO yang dibawah pimpinan Saudara Mohd Zaidi Bin Haji Mohd Said telah berjaya menarik lebih ramai pengundi-pengundi di Permatang Pauh kembali ke pangkuan UMNO.
Pada 25hb Ogos ini juga majlis yang sama akan berlangsung, kali ini Pergerakan Pemuda UMNO tersebut akan meraikan Anak-anak yatim sekitar Permatang Pauh.