Khamis, 26 Mei 2011

Bila Menteri Turun Padang

Bagus jugak Pak Menteri kita ni, sangup turun padan berjumpa dengan Pemuda Permatang Pauh. Bertempat di restoran Subaidah Seberang Jaya. YB Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob mai kena nasi kandaq dengan gulai ayam piru dan itik baru-baru ini.
Turut sama geng-geng bloger tak melepaskan peluang keemasan ini.





Ucapan Pengulunggan KP



Selasa, 17 Mei 2011

Pemuda Terus Membantu

Mengkuang Semarak Pemuda UMNO Permatang Pauh meneruskan slogan Rakyat diutamakan dan kali ini seramai 12 orang yang terdiri dari warga Emas dan Oku di cawangan Mengkuang Semarak telah menerima sumbangan ikhlas dari pemuda.
Sumbang tersebut disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Saudara Mohd Zaidi Bin Said, turut sama Naibnya Saudara Suhaimi Bin Sabudin serta beberapan orang exconya.









Majlis Makan Malam Mesra Pemuda

Pada 13hb yang lalu telah berlangsungnya program Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh yang dinamakan Majlis Makan Malam Mesra Pemuda, Sambutan yang diterima diluar jangkaan apabila penduduk di Sekitar Permatang Pauh termasuk hampir semua ketua-ketua cawangan serta ketua-ketua pemuda datang memeriahkannya.
Turut sama ialah Ketua Pergerakan UMNO Pulau Pinang, Saudara Sheikh Hussain Maiden, Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Dato' Abd Jalil Bin Abd Majid, Timbalannya Dato' Mohd Nasir Bin Abdullah, Naibnya Tuan Haji Abdul Rahim Bin Man serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Permatang Pauh.
Pada majlis tersebut, pemenang-pemenang kejohanan bolasepak 9 sebelah tertutup permatang Pauh telah diraikan serta cabutan bertuah yang hadiah utamanya 11 tiket penginapan serta penerbangan ke Medan 3 hari 2 malam.
Pemenang kejohanan tersebut:
Johan RM2000 - Pemuda Cawangan Kampung Baru
Naib Johan RM1000 - Pemuda Cawangan Mengkuang Titi
Ketiga RM500 - Pemuda Cawangan Pengkalan Tambang
Keempat RM500 - Pemuda Cawangan Tanjung Putus









Perasmian Mesyuarat Agong Koperasi Nusa Gemilang Pulau Pinang Berhad

Perasmian Mesyuarat Agong Koperasi Nusa Gemilang Pulau Pinang Berhad yang berlangsung di Safira Golf Resort telah berjaya menarik penduduk-penduduk di Permatang Pauh yang pada mulanya diangarkan dalam 70 orang tetapi sambutan yang luar biasa seramai 150 orang telah mendaftar diri dalam komperasi tersebut.
Perasmian itu telah disempurnakan oleh Saudara Mohd Zaidi Bin Md Said Ahli Suruhanjaya Koperasi malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh. Menurut Cikgu Mohd Zaidi, ini merupakan sebahagian agenda beliau membantu bagi meningkatkan ekonomi kawan-kawan didalam Permatang Pauh.






Isnin, 2 Mei 2011

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Anjuran Pemuda Permatang Pauh







Tahniah!! Kepada Pasukan Jalan Baru yang telah menewaskan pasukan Mengkuang Titi dengan tendangan Panalti. Hadiah akan disampaikan pada 13hb 5 2011 jam 9.00malam pada majlis Makan Malam Mesra Pemuda yang akan berlangsung di Dewan Tapak Ekspo Seberang Jaya. Pelbagai acara menarik telahpun disusun termasuklah persembahan dari Band irama Baru dan juga Cabutan bertuah buat Pemain dan Penyokong. Antara hadiah utamanya 11 tiket ke Medan termasuk penerbangan dan penginapan 3 hari 2 malam.